Geografi Alam Sekitar Manusia : Sektor Perkhidmatan
Mengapakah Bandar-bandar besar memerlukan sistem pengangkutan yang cekap?
Sistem pengngkutan awam yang cekap amat penting di
Bandar-bandar besar. Keperluan sistem pengangkutan adalah untuk mengurangkan
kesesakan lalu lintas di kawasan Bandar. Justeru di Bandar-bandar besar
seperti Kuala Lumpur sistem pengangkutan komuter, Sistem Transit Aliran Ringan (LRT),
Jalinan Transit Ekspres (ERL) dan monorel sangat diperlukan kerana hal ini
dapat mengurangkan jumlah kenderaan yang berada di kawasan bandar di samping
mengurangkan pencemaran udara dan bunyi.
Sistem pengangkutan ini diperlukan kerana kemampuannya membawa kapasiti penumpang
yang banyak dan memendekkan masa perjalanan. Dengan ini masalah kesesakan
di Bandar raya Kuala Lumpur dapat dikurangkan apabila penduduk tidak membawa
kenderaan sendiri khususnya ke tempat kerja. Sebagai contoh, pekerja-pekerja
yang bekerja di sektor perindustrian akan disediakan pengangkutan oleh pihak
majikan sendiri dan hal ini dapat mengurangkan penggunaan kenderaan
persendirian dengan kerap untuk ke tempat kerja di samping dapat mengurangkan
kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara dan bunyi dapat dikurangkan juga.
Pengangkutan awan juga dapat meningkatkan darjah ketersampaian antara destinasi.
Perhubungan intra dan inter Bandar perlu cepat dan pantas. Sebagai contoh,
pengangkutan antara Bandar raya Kuala Lumpur
dengan KLIA dapat dihubungi dengan pantas melalui Jalinan Transit
Ekspres (ERL). Dengan adanya sistem pengangkutan ini maka tempat-tempat
tertentu dalam sesebuah Bandar dapar dihubungi dengan mudah dan pantas. Jarak
antara bandar seolah-olah menjadi semakin
dekat. Peningkatan darjah ketersampaian ini akan mengurangkan kos dan
menjimatkan masa. Kesannya akan memberikan keuntungan kepada aliran perniagaan,
perdagangan dan perkhidmatan dalam Bandar.
Penggunaan komuter misalnya, dapat mengangkut
penumpang yang ramai secara cepat dan pantas. Kapasiti penumpang yang besar
dapat diangkut secara sekali gus. Perkhidmatan komuter mampu menampung
pertambahan permintaan daripada pengguna yang ramai berbanding dengan sistem
pengangkutan awam yang lain seperti bas dan teksi yang hanya berupaya membawa
kapasiti yang terhad.
Sistem pengangkutan ini juga membantu dalam mengurangkan risiko pencemaran udara dan
bunyi dalam bandar. Peralihan kepada penggunaan Komuter, LRT, ERL dan
Monorel secara tidak langsung dapat mengurangkan bilangan bas dan teksi dalam
Bandar. Dengan itu, punca-punca kepada
perlepasan asap oleh kenderaan tersebut dapat dikurangkan. Pembebasan karbon monoksida,
karbon dioksida dan hidrokarbon
dapat dikurangkan sekali gus kadar pencemaran udara dalam bandar juga
dapat dikurangkan. Ini akam menjamin kehidupan yang lebih sihat dan selesa
dalam bandar.
Jelaskan
kesan kemajuan sistem pengangkutan terhadap lingkungan pengaruh Bandar
Meningkatkan
ketersampaian
Kecekapan
sistem dan jaringan pengangkutan menyebabkan semua kawasan dalam Bandar boleh sampai dengan mudah dan cepat sekali
gus memperluaskan lingkungan pengaruh Bandar. Sebagai contoh, jaringan
jalan raya dan lebuh raya yang melingkari Bandar raya Kuala Lumpur menyebabkan
semua kawasan pinggir Bandar dapat dihubungkan dengan pusat Bandar. Kawasan seperti Ampang, Cheras dan Wangsa Maju
hingga ke Lapangan Terbang KLIA kini boleh sampai dengan mudah dan cepat berbanding
dengan masa lalu. Dengan itu, lingkungan pengaruh Bandar raya Kuala Lumpur
menjadi luas.
Kemajuan
sistem pengangkutan dalam Bandar juga dapat meluaskan pergerakan barangan, perkhidmatan dan manusia. Secara
langsung saiz pasaran turut diperluaskan apabila rangkaian jalan raya, lebuh
raya, landasan komuter dan LRT semakin tersebar maka aliran barangan dan
perkhidmatan turut tersebar. Sesuatu
jenis barangan dan perkhidmatan yang tiada sebelumnya di sesebuah kawasan akan
dapat disediakan untuk kegunaan penduduk setempat khususnya di pinggir Bandar.
Dengan itu, saiz barangan barangan dan perkhidmatan tersebut semakin luas
sekali gus mencerminkan lingkungan pengaruh sesebuah Bandar semakin besar.
Selain
itu, kemajuan dalam sistem pengangkutan Bandar juga akan mempercepatkan penyebaran maklumat dan inovasi baru dengan lebih cepat
dan luas. Kemajuan dalam sistem pengangkutan akan memperhebatkan
perkembangan jaringan maklumat. Maklumat boleh disebarkan melalui media cetak
dan media eletronik dengan adanya sistem pengangkutan jalan raya, landasan
kereta api dan pengangkutan udara.
Penyebaran
maklumat dan inovasi baru penting untuk memajukan sesebuah kawasan yang selama
ini mungkin mundur atau tertutup. Justeru, kawasan-kawasan pedalaman juga boleh
dihubungkan dengan kawasan Bandar melalui jaringan maklumat ini. Sejauhmana
maklumat itu boleh tersebar maka sejauh itulah lingkungan pengaruh sesebuah
Bandar boleh berkembang.
Dengan
adanya kemajuan dalam sistem pengangkutan Bandar, pertumbuhan pusat-pusat petempatan baru di pinggir-pinggir Bandar
seperti kewujudan Bandar-bandar baru di pinggir Bandar utama yang berkait
dengan rangkaian jaringan jalan raya atau jalan kereta api dapat diwujudkan.
Jaringan
jalan raya dan jalan kereta api yang dihubungkan ke kawasan Bandar-bandar baru
ini secara tak lansung akan turut membangunkan kawasan tersebut. Sebagai
contoh, Bandar-bandar di pinggir bandara raya Kuala Lumpur seperti Bandar Baru
Selayang, Bandar Ampang dan Bandar Putrajaya wujud dan berkembang kerana adanya
jaringan jalan raya atau lebuh raya di kawasan berkenaan.
This was really good and helpful! Thanks!
ReplyDeleteTAWARAN PERKHIDMATAN PINJAMAN, MOHON SEKARANG DAN DAPATKAN KELULUSAN TANPA STRESS ATAU BERTANGGUH.
ReplyDeleteHello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
di dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan.Kami menawarkan
pinjaman pada kadar faedah 2%, Hubungi kami melalui Whatsapp +918794792073
mghfbibdgf@gmail.com
BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
*******************************
1) Nama Penuh:
2) Jantina:
3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
4) Tempoh Pinjaman:
5) Negara:
6) Alamat Rumah:
7) Nombor Mudah Alih:
8) Nombor Faks:
9) Pekerjaan:
10) Pendapatan Bulanan:
11) Tarikh Gaji:
12) Tujuan pinjaman:
13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
mghfbibdgf@gmail.com
Hari baik untuk semua orang yang membaca pesan ini. Ada cara untuk mendapatkan uang tanpa stres, hubungi (THOMAS FREDDIE) untuk mendapatkan [KARTU ATM] kosong hari ini dan menjadi salah satu orang yang beruntung yang mendapatkan manfaat dari kartu ini. Kartu ATM kosong yang DIPROGRAM ini mampu meretas mesin ATM mana pun di dunia. Saya mendapatkan kartu master saya dari Hacker yang baik di internet, dengan Kartu ATM ini saya dapat mengumpulkan €10000Euro setiap hari melalui kontak:
ReplyDeletethomasunlimitedhackers@gmail.com
Saya sangat miskin tetapi kartu ini telah membuat saya kaya dan bahagia, Jika Anda ingin mendapatkan kesempatan ini untuk menjadi kaya dan membangun bisnis Anda, maka ajukan permohonan untuk kartu Master ini, saya sangat senang dengan ini karena saya mendapatkan milik saya minggu lalu dan saya punya menggunakannya untuk mendapatkan €247,000.00Euro dari THOMAS FREDDIE UNLIMITED Peretas membagikan kartu tersebut hanya untuk membantu orang miskin dan membutuhkan dan mereka JUGA MENAWARKAN BANTUAN KEUANGAN. dapatkan milik Anda dari THOMAS FREDDIE UNLIMITED HACKERS hari ini. Silakan hubungi mereka melalui Email thomasunlimitedhackers@gmail.com
QUICK EASY EMERGENCY URGENT LOANS LOAN OFFER EVERYONE APPLY NOW +918929509036 financialserviceoffer876@gmail.com Dr. James Eric
ReplyDelete