Geografi Alam Sekitar Manusia : Sektor Perindustrian
a) Nyatakan jenis , ciri, dan lokasi pertanian di Malaysia
Dengan merujuk Negara Malaysia,
jenis, ciri dan lokasi perindustrian yang pertama ialah Industri Primer. Industri ini merupakan industri peringkat pertama
yang berdasarkan pemprosesan sumber alam seperti memproses hasil pertanian, perlombongan,
perhutanan dan sebagainya. Antara ciri industri primer ini termasuklah dalam
lokasinya iaitu terletak berdekatan dengan kawasan sumber pengeluaran untuk
mengurangkan kos misalnya kilang memproses kelapa sawit terletak di dalam
kawasan lading kelapa sawit. Selain itu, industri primer juga bergantung
sepenuhnya kepada bahan mentah dari sumber alam seperti bahan pertanian,
perhutanan, dan perlombongan. Tambahan lagi, industri ini menjadi input
industri sekunder serta memerlukan modal yang besar.
Industri Sekunder pula merupakan jenis perindustrian yang kedua.
Industri ini melibatkan proses penukaran bahan mentah menjadi barangan separa
siap dan siap. Ciri industri ini dari segi lokasinya ialah terletak berdekatan
dengan kawasan pasaran kerana hasil industri ini berorientasikan pengguna serta
menjimatkan kos pengangkutan. Industri ini bergantung kepada hasil industri
primer sebagai bahan mentah seperti pembuatan tayar dan sarung tangan
bergantung kepada getah asli. Industri ini memerlukan modal yang besar serta
menggunakan teknologi yang tionggi. Penggunaan tenaga buruh yang ramai seperti
buruh mahir juga menjadi ciri industri ini khususnya dalam industri elektrik
dan elektronik.
Akhir sekali, Industri Tertiar. Industri ini merujuk
kepada industri perkhidmatan kepada pelanggan. Sebagai contoh, industri
pengangkutan dan telekomunikasi, sektor pelancongan, sektor pembinaan,
kesihatan, pendidikan dan sebgainya. Industri ini memberikan kemudahan kepda
penduduk seperti bekalan air dan elektrik.
b) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi
perkembangan sektor perindustrian.
Faktor
dasar atau polisi kerajaan juga mempengaruhi perkembangan
industri perkilangan di negara ini. Sepanjang tahun 1990-an hingga kini
menyaksikan perubahan dasar ekonomi yang begitu ketara dilaksanakan oleh
kerajaan. Sektor perkilangan dikembangkan dengan mengadakan promosi, galakkan
pelaburan, pemberian taraf perintis, mewujudkan zon dagangan bebas (FTZ), dan
lain-lain intensif di samping memperbaiki kemudahan asas dan perkhidmatan.
Dengannya adanya galakkan ini, pelaburan dari luar
negara dan dalam Malaysia kian meningkat tinggi dalam sektor perkilangan.
Pelbagai jenis kilang khususnya kilang pembuatan dan semi konduktor didirikan
dengan pelbagai keluaran memberikan sumbangan terbesar kepada KDNK Malaysia.
Selain itu, faktor
modal turut memainkan peranan penting dalam mengembangkan sektor industri
perkilangan di Malaysia. Iklim pelaburan yang sihat terhasil melalui kestabilan
politik jangka panjang telah menarik kemasukan modal asing untuk melabur di
dalam pelbagai jenis industri
perkilangan di negara ini.
Dana tempatan yang disokong oleh pinjaman kerajaan
dan institusi kewangan setempat juga semakin meningkat dalam usaha membantu
mengembangkan industri perkilangan di Malaysia. Kilang-kilang dapat didirikan
di jaluran atau koridor industri pantai barat dan pantai timur Semenanjung
Malaysia dengan modal yang ada.
Faktor
teknologi juga merupakan faktor yang mendorong perkembangan
industry perkilangan di Malaysia. Dengan adanya kemajuan teknologi, kepakaran
dan R&D di bidang perkilangan dalam pelbagai peringkat pengeluaran akan
mengembangkan sektor ini. Peningkatan teknologi ini juga membolehkan
pengeluaran kilang menjadi lebih berkualiti di samping meningkatkan dalam
produktiviti. Oleh itu, kualiti dalam pengeluaran produktiviti akan menjamin
permintaan yang sentiasa tinggi di pasaran.
Seterusnya, perkembangan industri perindustrian
negara disebabkan oleh faktor buruh.
Penawaran tenaga buruh tempatan yang murah dan banyak khususnya yang berkaitan
dengan operator pengeluaran menjadi daya tarikan pelabur luar untuk menanam
modal dalam sektor perindustrian. Penawaran buruh yang murah akan menjimatkan
kos pengeluaran perindustrian.
Penawaran buruh murah di Malaysia, adalah dari
kalangan penduduk muda yang menjadi sebahagian besar komposisi penduduk
Malaysia. Sebagai contoh, kilang-kilang elektronik banyak menggunakan tenaga
buruh wanita sebagai operator pengeluaran. Kesediaan buruh bekerja menyebabkan
pengeluaran barangan tidak tergendala dan terus meningkat yang sekali gus
mengembangkan industri perkilangan negara.
Faktor
pasaran dalam industri perkilangan adalah satu faktor yang
paling penting untuk menentukan perkembangan sesuatu industri. Saiz pasaran
yang luas dari dalam dan luar negara terhadap produk perkilangan mempengaruhi
perkembangan tersebut. Pasaran pula bergantung kepada saiz penduduk, kuasa beli
pengguna serta kualiti barangan industri yang dikeluarkan. Keluaran barangan
industri di Malaysia bukan sahaja berkualiti malah begitu kompetitif untuk
bersaing di pasaran antarabangsa.
Sebagai contoh, Malaysia menjadi pengeluar terbesar
alat hawa dingin di dunia dan mendapat pasaran yang cukup baik di negara-negara
timur tengah. Begitu juga dengan produk yang lain telah berjaya dipasarkan
dengan meluas di Amerika Syarikat, pasaran negara-negara Eropah dan lain-lain.
Peningkatan permintaan dalam pasaran ini menjadikan pengeluaran produk semakin
bertambah dan industri perkilangan terus berkembang pesat.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Industri
Perkilangan Di Malaysia.
Sektor
ekonomi yang paling pesat berkembang di Malaysia adalah sektor perkilangan.
Pertambahan KDNK dalam sektor ini antara tahun 1990 dan tahun 2000 menunjukkan
peningkatan iaitu hanya 26.67% pada tahun 1990 kepada 35.39% pada tahun 2000.
Terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi perkembangan pesat sektor perkilangan di Malaysia. Kemerosotan
dalam sumbangan komoditi utama seperti sektor pertanian, pembalakan, dan
perlombongan bijih timah relative dengan sektor perkilangan antara faktor yang mempengaruhi
perkembangan sektor ini. Sumbangan kepada KDNK sebelum tahun 1990 adalah dari
keluaran komoditi utama. Kini peranan tersebut telah diambil alih oleh sektor
perkilangan terutamanya industri pembuatan. Keadaan ini bukan bererti
pengeluaran komoditi utama merosot tetapi disebabkan peratus pengeluaran lebih
kecil jika dibandingkan dengan sumbangan sektor perkilangan.
Selain itu, faktor dasar atau polisi
kerajaan juga mempengaruhi perkembangan industri perkilangan di Negara ini.
Sepanjang tahun 1990-an hingga kini meyaksikan perubahan dasar ekonomi yang
begitu ketara dilaksanakan oleh kerajaan. Sektor perkilangan dikembangkan
dengan mengadakan promosi, galakan perlaburan, pemberian taraf perintis,
mewujudkan zon dagangan bebas (FTZ) dan lain-lain insentif di samping
memperbaiki kemudahan asas dan perkhidmatan. Dengan adanya galakan-galakan ini,
pelaburan dari luar Negara dan dalam Malaysia kian meningkat tinggi dalam
sektor perkilangan. Pelbagai jenis kilang khususnya kilang pembuatan dan semi
konduktor didirikan dengan pelbagai keluaran memberikan sumbangan terbesar
kepada KDNK Malaysia.
Sementara itu, faktor modal turut
memainkan peranan penting dalam mengembangkan sektor industri perkilangan di
Malaysia. Iklim pelaburan yang sihat terhasil melalui kestabilan politik jangka
panjang telah menarik kemasukan modal asing untuk melabur di dalam pelbagai
jenis industri perkilangan di Negara ini. Dana tempatan yang disokong oleh
pinjaman kerajaan dan institusi perkilangan di Malaysia. Dengan adanya kemajuan
teknologi, pemindaan teknologi, kepakaran dalam produktiviti dan menjamin
permintaan yang sentiasa tinggi di pasaran.
Seterusnya, perkembangan industri
perindustrian Negara juga disebabkan oleh faktor buruh. Penawaran tenaga buruh
tempatan yang murah dan banyak khususnya yang berkaitan dengan operator
pengeluaran menjadi daya tarikan pelabur luar untuk menanam modal dalam sektor
perindustrian. Penawaran buruh yang murah akan menjimatkan kos pengeluaran
perindustrisan. Penawaran buruh murah murah di Malaysia, adalah dari kalangan
penduduk muda yang menjadi sebahagian besar komposisi penduduk Malaysia.
Contohnya, kilang-kilang elektronik banyak menggunakan tenaga buruh wanita
sebagai operator pengeluaran. Kesedianan buruh bekerja menyebabkan pengeluaran
barangan tidak tergendala dan terus meningkat yang sekali gus mengembangkan
industri perkilangan Negara.
Faktor pasaran dalam industri
perkilangan adalah satu faktor yang paling penting untuk menentukan
perkembangan sesuatu industri. Saiz pasaran yang luas dari dalam Negara dan
luar Negara terhadap produk perkilangan mempengaruhi perkembangan tersebut.
Pasaran pula bergantung kepada saiz penduduk, kuasa beli pengguna serta kualiti
barangan industri yang dikeluarkan. Keluaran barangan industri di Malaysia bukan
sahaja berkualiti malah begitu kompetetif untuk bersaing di pasaran
antarabangsa. Sebagai contoh, Malaysia menjadi pengeluar terbesar alat
pendingin hawa di dunia dan mendapat pasaran yang cukup baik di Negara-negara
timur tengah. Begitu juga dengan produk yang lain telah berjaya dipasarkan
dengan meluas di Amerika Syarikat, pasaran Negara-negara Eropah dan lain-lain.
Peningkatan penawaran dalam pasaran ini menjadikan pengeluaran produk semakin
bertambah dan industri perkilangan terus berkembang pesat.
terima kasih. post ini sgt membantu sy dalam menyiapkan tugasan band 6 mata pelajaran geografi :-)
ReplyDelete