Geografi Alam Sekitar Manusia : Sektor Perikanan



      Ciri-ciri Perikanan Akuakultur
Lokasi kegiatan perikanan air tawar banyak dilakukan di dalam sungai, tasik, kolam, paya dan sawah padi. Manakala marinkultur pula dijalankan di muara sungai, paya bakau atau paya nipah, pinggir pantai atau teluk yang terlindung. Kawasan akuakultur yang popular di Malaysia adalah seperti Pulau Aman di Pulau Pinang, Sabak Bernam di Selangor, Beluran di Sabah, Mercang dan Kuala Setiu di Terengganu, Temerloh di Pahang dan Mersing di Johor.
Jenis-jenis ternakan adalah berbeza mengikut kesesuaian air yang ada. Jika perikanan air tawar biasanya dipelihara ikan patin, tilapia, karp, kelah, kaloi, udang galah dan sebagainya. Manakala marinkultur pula menternak ikan siakap, kerapu, ketam, tiram, udang harimau dan lain-lain lagi.
Teknologi atau kaedah, industri akuakultur menggunakan kaedah moden seperti kolam buatan, ternakan dalam sangkar, benih-benih ikan kacukan atau dibiak secara khusus, makanan tambahan, rawatan air dan pengurusan sistematik seperti mengasingkan ikan mengikut saiz dan umur. Selain itu, perikanan akuakultur turut menggunakan alat dingin beku dan bekalan oksigen untuk menjamin ikan sentiasa hidup ketika berada di pasaran.
Modal, ternakan akuakultur yang diusahakan oleh pihak swasta biasanya menggunakan modal yang besar. Sebagai contoh, ternakan udang harimau di Rompin, Pahang yang bertujuan untuk eksport. 

Sumbangan/kepentingan Sektor Perikanan Akuakultur terhadap pembangunan sosioekonomi Negara

Menampung kekurangan bekalan sumber perikanan laut
Stok perikanan laut terjejas akibat kemerosotan dan kepupusan sumber atau terjejas akibat musim atau pertambahan permintaan dari pengguna. Jika Malaysia terlalu bergantung kepada sumber perikanan laut maka ia boleh menjejaskan bekalan sumber protein pada masa akan datang.
Sumber-sumber perikanan laut jelas semakin berkurangan akibat eksploitasi berlebihan, pencemaran, kemusnahan kawasan pembiakan seperti terumbu karang dan sebagainya. Justeru untuk mengelakkan keadaan ini berlaku maka perikanan akuakultur penting sebagai pilihan terbaik.

Keperluan penduduk yang semakin meningkat dan perubahan cita rasa
Perikanan akuakultur diperkenalkan utuk memenuhikeperluan penduduk yang semakin meningkat dan perubahan citarasa pengguna. Jumlah penduduk Malaysia yang meningkat pastinya akan meningkat permintaan terhadap sumber-sumber ikan. Oleh itu, hasil akuakultur boleh memenuhi pertambahan permintaan tersebut. Selain itu, pada masa kini juga pengguna mungkin lebih menggemari hasil akuakultur kerana lebih enak, lebih segar dan murah.

Pendapatan eksport Negara
Perikanan akuakultur juga menyumbang kepada pendapatan eksport Negara menerusi pengeksportan pelbagai hasil ternakan ke luar Negara. Sebagai contoh, hasil ternakan udang harimau dan ikan kerapu telah dieksport ke Negara Jepun, Hong Kong dan Singapura. Hasil eksport akan menambah PN dengan tukaran nilai mata wang yang tinggi berbanding dengan RM.

Meningkatkan pendapatan penduduk dan peluang pekerjaan
Perikanan akuakultur penting dalam meningkatkan pendatan penduduk atau menambhakan peluang pekerjaan. Dengan mengusahakan ternakan akuakultur para nelayan tidak perlua terlalu bergantung kepada laut sebagai sumber rezeki mereka. Selain itu, bidang perikanan akuakultur telah menjadi perkerjaan utama kepada sesetengah pengusaha yang menceburkan diri dalam bidang ini kerana keupayaanya memberikan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha.

Memperkembangkan rantaian ekonomi yang berkaitan
Perikanan akuakultur juga membantu dalam memperkembangan  rantaian ekonomi yang berkaitan seperti pelancongan, perkhidmatan, pengangkutan dan sebagainya. Misalnya sektor perniagaan makanan dan restoran berkembang dengan adanya bekalan bahan mentah dari perikanan air tawar. Kegiatan Akua Pelancongan  juga berkembang dengan adanya ternakan ikan dan udang dalam sangkar sama ada di sungai atau muara. Selain itu, hasil perikanan akuakultur juga dibekalkan ke hotel-hotel di Malaysia.

Meningkatkan teknologi dalam Negara menerusi program R&D
Perikanan akuakultur turut membantu meningkatkan teknologi dalam Negara menerusi Program R&D seperti teknologi pembiakbakaan, teknologi pengawetan, pembungkusan dan lain-lain. Utuk menembusi pasaran eksport  hasil akuakutur mestilah berdaya saing. Oleh sebab itu, aspek R&D amat mustahak.
Apabila R&D diberi keutamaan maka secara langsung teknologi dalam bidang ini juga akan berkembang pesat. Misalnya teknologi pembiakbakaan untuk menghasilkan benih udang harimau dan benih ikan kerapu yang bermutu tinggi, cepat membesar dan berhasil. Bagi menjaga kesegaran dan kualiti hasil ternakan, kebergantungan kepada teknologi pengawetan dan pembungkusan diperlukan. Oleh itu, dari semasa ke semasa pihak Fama berusaha meningkatkan teknologi ini. 

Comments

Popular posts from this blog

Geografi Alam Sekitar Manusia : Sektor Perlombongan

Geografi Alam Sekitar Manusia : Sektor Perindustrian

Geografi Alam Sekitar Manusia : Sektor Perkhidmatan