Geografi Alam Sekitar Manusia : Sektor Perkhidmatan


       Mengapakah Bandar-bandar besar memerlukan sistem pengangkutan yang cekap?

Sistem pengngkutan awam yang cekap amat penting di Bandar-bandar besar. Keperluan sistem pengangkutan adalah untuk  mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Bandar. Justeru di Bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur sistem pengangkutan komuter, Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Jalinan Transit Ekspres (ERL) dan monorel sangat diperlukan kerana hal ini dapat mengurangkan jumlah kenderaan yang berada di kawasan bandar di samping mengurangkan pencemaran udara dan bunyi.
Sistem pengangkutan ini diperlukan kerana kemampuannya membawa kapasiti penumpang yang banyak dan memendekkan masa perjalanan. Dengan ini masalah kesesakan di Bandar raya Kuala Lumpur dapat dikurangkan apabila penduduk tidak membawa kenderaan sendiri khususnya ke tempat kerja. Sebagai contoh, pekerja-pekerja yang bekerja di sektor perindustrian akan disediakan pengangkutan oleh pihak majikan sendiri dan hal ini dapat mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dengan kerap untuk ke tempat kerja di samping dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara dan bunyi dapat dikurangkan juga.
Pengangkutan awan juga dapat meningkatkan darjah ketersampaian antara destinasi. Perhubungan intra dan inter Bandar perlu cepat dan pantas. Sebagai contoh, pengangkutan antara Bandar raya Kuala Lumpur  dengan KLIA dapat dihubungi dengan pantas melalui Jalinan Transit Ekspres (ERL). Dengan adanya sistem pengangkutan ini maka tempat-tempat tertentu dalam sesebuah Bandar dapar dihubungi dengan mudah dan pantas. Jarak antara  bandar seolah-olah menjadi semakin dekat. Peningkatan darjah ketersampaian ini akan mengurangkan kos dan menjimatkan masa. Kesannya akan memberikan keuntungan kepada aliran perniagaan, perdagangan dan perkhidmatan dalam Bandar.
Penggunaan komuter misalnya, dapat mengangkut penumpang yang ramai secara cepat dan pantas. Kapasiti penumpang yang besar dapat diangkut secara sekali gus. Perkhidmatan komuter mampu menampung pertambahan permintaan daripada pengguna yang ramai berbanding dengan sistem pengangkutan awam yang lain seperti bas dan teksi yang hanya berupaya membawa kapasiti yang terhad.
Sistem pengangkutan ini juga membantu dalam mengurangkan risiko pencemaran udara dan bunyi dalam bandar. Peralihan kepada penggunaan Komuter, LRT, ERL dan Monorel secara tidak langsung dapat mengurangkan bilangan bas dan teksi dalam Bandar. Dengan itu, punca-punca  kepada perlepasan asap oleh kenderaan tersebut dapat dikurangkan. Pembebasan karbon monoksida, karbon dioksida  dan hidrokarbon dapat  dikurangkan sekali gus  kadar pencemaran udara dalam bandar juga dapat dikurangkan. Ini akam menjamin kehidupan yang lebih sihat dan selesa dalam bandar.

Jelaskan kesan kemajuan sistem pengangkutan terhadap lingkungan pengaruh Bandar

Meningkatkan ketersampaian
Kecekapan sistem dan jaringan pengangkutan menyebabkan semua kawasan dalam Bandar boleh sampai dengan mudah dan cepat sekali gus memperluaskan lingkungan pengaruh Bandar. Sebagai contoh, jaringan jalan raya dan lebuh raya yang melingkari Bandar raya Kuala Lumpur menyebabkan semua kawasan pinggir Bandar dapat dihubungkan dengan pusat Bandar.  Kawasan seperti Ampang, Cheras dan Wangsa Maju hingga ke Lapangan Terbang KLIA kini boleh sampai dengan mudah dan cepat berbanding dengan masa lalu. Dengan itu, lingkungan pengaruh Bandar raya Kuala Lumpur menjadi luas.
Kemajuan sistem pengangkutan dalam Bandar juga dapat meluaskan pergerakan barangan, perkhidmatan dan manusia. Secara langsung saiz pasaran turut diperluaskan apabila rangkaian jalan raya, lebuh raya, landasan komuter dan LRT semakin tersebar maka aliran barangan dan perkhidmatan turut tersebar.  Sesuatu jenis barangan dan perkhidmatan yang tiada sebelumnya di sesebuah kawasan akan dapat disediakan untuk kegunaan penduduk setempat khususnya di pinggir Bandar. Dengan itu, saiz barangan barangan dan perkhidmatan tersebut semakin luas sekali gus mencerminkan lingkungan pengaruh sesebuah Bandar semakin besar. 
Selain itu, kemajuan dalam sistem pengangkutan Bandar juga akan mempercepatkan penyebaran maklumat dan inovasi baru dengan lebih cepat dan luas. Kemajuan dalam sistem pengangkutan akan memperhebatkan perkembangan jaringan maklumat. Maklumat boleh disebarkan melalui media cetak dan media eletronik dengan adanya sistem pengangkutan jalan raya, landasan kereta api dan pengangkutan udara. 
Penyebaran maklumat dan inovasi baru penting untuk memajukan sesebuah kawasan yang selama ini mungkin mundur atau tertutup. Justeru, kawasan-kawasan pedalaman juga boleh dihubungkan dengan kawasan Bandar melalui jaringan maklumat ini. Sejauhmana maklumat itu boleh tersebar maka sejauh itulah lingkungan pengaruh sesebuah Bandar boleh berkembang.
Dengan adanya kemajuan dalam sistem pengangkutan Bandar, pertumbuhan pusat-pusat petempatan baru di pinggir-pinggir Bandar seperti kewujudan Bandar-bandar baru di pinggir Bandar utama yang berkait dengan rangkaian jaringan jalan raya atau jalan kereta api dapat diwujudkan.
Jaringan jalan raya dan jalan kereta api yang dihubungkan ke kawasan Bandar-bandar baru ini secara tak lansung akan turut membangunkan kawasan tersebut. Sebagai contoh, Bandar-bandar di pinggir bandara raya Kuala Lumpur seperti Bandar Baru Selayang, Bandar Ampang dan Bandar Putrajaya wujud dan berkembang kerana adanya jaringan jalan raya atau lebuh raya di kawasan berkenaan.

Comments

  1. This was really good and helpful! Thanks!

    ReplyDelete
  2. TAWARAN PERKHIDMATAN PINJAMAN, MOHON SEKARANG DAN DAPATKAN KELULUSAN TANPA STRESS ATAU BERTANGGUH.




    Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
    di dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
    kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan.Kami menawarkan
    pinjaman pada kadar faedah 2%, Hubungi kami melalui Whatsapp +918794792073
    mghfbibdgf@gmail.com

    BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
    *******************************
    1) Nama Penuh:
    2) Jantina:
    3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
    4) Tempoh Pinjaman:
    5) Negara:
    6) Alamat Rumah:
    7) Nombor Mudah Alih:
    8) Nombor Faks:
    9) Pekerjaan:
    10) Pendapatan Bulanan:
    11) Tarikh Gaji:
    12) Tujuan pinjaman:
    13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
    mghfbibdgf@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Hari baik untuk semua orang yang membaca pesan ini. Ada cara untuk mendapatkan uang tanpa stres, hubungi (THOMAS FREDDIE) untuk mendapatkan [KARTU ATM] kosong hari ini dan menjadi salah satu orang yang beruntung yang mendapatkan manfaat dari kartu ini. Kartu ATM kosong yang DIPROGRAM ini mampu meretas mesin ATM mana pun di dunia. Saya mendapatkan kartu master saya dari Hacker yang baik di internet, dengan Kartu ATM ini saya dapat mengumpulkan €10000Euro setiap hari melalui kontak:
    thomasunlimitedhackers@gmail.com
    Saya sangat miskin tetapi kartu ini telah membuat saya kaya dan bahagia, Jika Anda ingin mendapatkan kesempatan ini untuk menjadi kaya dan membangun bisnis Anda, maka ajukan permohonan untuk kartu Master ini, saya sangat senang dengan ini karena saya mendapatkan milik saya minggu lalu dan saya punya menggunakannya untuk mendapatkan €247,000.00Euro dari THOMAS FREDDIE UNLIMITED Peretas membagikan kartu tersebut hanya untuk membantu orang miskin dan membutuhkan dan mereka JUGA MENAWARKAN BANTUAN KEUANGAN. dapatkan milik Anda dari THOMAS FREDDIE UNLIMITED HACKERS hari ini. Silakan hubungi mereka melalui Email thomasunlimitedhackers@gmail.com

    ReplyDelete
  4. QUICK EASY EMERGENCY URGENT LOANS LOAN OFFER EVERYONE APPLY NOW +918929509036 financialserviceoffer876@gmail.com Dr. James Eric

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Geografi Alam Sekitar Manusia : Sektor Perlombongan

Geografi Alam Sekitar Manusia : Sektor Perindustrian