Geografi Alam Sekitar Manusia : Sektor Perlombongan
Bagaimanakah aktiviti perlombongan mempunyai mempengaruhi geografi fizikal dan geografi manusia di negara Malaysia.
Aktiviti perlombongan yang dijalankan akan
menimbulkan kesan-kesan yang wujud secara langsung atau tidak langsung di
kawasan perlombongan tersebut. Kesan ke atas geografi manusia dapat dikaitkan
dalam aspek ekonomi , sosial dan politik. Bagi alam sekitar fizikal ia
dikaitkan dengan pola muka bumi fizikal, saliran, atmosfera dan tumbuhan semula
jadi.
Perlombongan
telah mempengaruhi pendapatan penduduk di kawasan sekitar lombong. Ramai
penduduk akan menukar pekerjaan dari terlibat dalam kegiatan pertanian kepada
kegiatan perlombongan. Dengan ini, lahirnya kumpulan pekerja yang
bersangkut-paut dengan berbagai-bagai aktiviti perlombongan daripada peringkat
lombong kepada peringkat pemasaran dan pengedaran. Selain itu, wujud tenaga
kerja yang terlibat secara tidak langsung dalam perlombongan peniaga, pegawai
pentadbiran kesihatan dan lain-lain. Pertumbuhan industri berkait dengan perlombongan
juga mewujudkan banyak peluang pekerjaan. Dengan pertambahan peluang pekerjaan
dan upah yang lebih tinggi, maka taraf hidup penduduk di kawasan sekitar
meningkat.
Perlombongan
juga menyebabkan perkembangan kemudan sosial yang lebih baih. Jalan raya
dipertingkatkanmutunya, kemudahan-kemudahan perhubu8ngan yang lain seperti
telefon, telegraf, telefax juga disediakan. Penduduk-penduduk di sekitar akan
menikmati kemudahan-kemudahan sosial yng lebih baik. Pertambahan penduduk akan
menyebabkan lebih banyak sekolah dan pusat latihan berkait dengan perlombongan
didirikan, contohnya Politeknik Ungku Omar di Ipoh. Kemudahan-kemudahan
kesihatan seperti hospital, klinik, kemudahan keselamatan , kemudahan kewangan,
dan kemudahan pengangkutan disediakan juga. Dengan ini, kawasan sekitar akan
muncul sebagai satu kawasan yang lebih membangun, contoh Kerteh dan Bintulu
yang telah dimajukan selepas aktiviti perlombongan petroleum dilakukan.
Akibat
pengurusan yang tidak cekap, perlombongan telah menimbulkan pelbagai kesan ke
atas alam sekitar . sebelum kegiatan perlombongan, kawasan terlibat adalah
merupakan kawasan hutan. Kegiatan perlombongan telah menyebabkan kawasan telah
dibuka.. tumbuh-tumbuhan asal ditebang, keadaan semula jadi telah dimusnahkan
dan ekosistem yang seimbang terganggu. Dengan demikian, haiwan dan
mikro-organisma hilang habitat semula jadinya. Akibatmya, kepupusan
hidupan-hidupan di dalamnya berlaku.
Pembersihan
kawasan hutan juga mendedahkan kawasan perlombongan tersebut kepada hakisan dan
runtuhan. Tumbuhan berfungsi menyerap air hujan dan akarnya mengikut
butir-butirtanah daripada proses hakisan. Selepas hutan dibersihklan, hujan
akan terus jatuh ke permukaan bumi. Selain sebahagian air diserap ke dalam
tanah, yang lain akan berkumpul sebagai larian air permukaan yang mengalir
melalui permukaan bumi dengan cepat tanpahalangan akar pokok. Dengan ini
hakisan yang cepat akan berlaku. Kawasan lombong juga sering berlaku proses
gelongsoran atau runtuhan tanah. Kaedah pam kelikir memancutkan air ke tebing bukit
yang mengandungi timah dan melonggar struktur tanah serta menyebabkan runtuhan.
Lombong bawah tanah seperti yang berlaku dalam perlombongan arang batu di Batu
Arang, Selangor.
Aktiviti
perlombongan juga menyebabkan tanah hilang kesuburan. Pendedahan kawasan
permukaan kepada agen hakisan akan menyebabkan permukaan tanah yang subur
dihakis dan dipindahkan ke kawasan lain. Begitu juga proses larut resap yang
hebat berlaku kerana kurang tumbuhan. Hal ini menyebabkan mineral-mineral dan
nutrien-nutrien tanah dialirkan mengikut aliran bawah tanah yang mengalirkan ke
sungai. Di kawasan perlombongan timah, tanah yang ditinggalkan kebanyakannya
terdiri daripada longgokan pasir. Ia akan membentuk muka bumi yang tandus,
jarang ditumbuhi oleh pokok, contohnya bekas lombong bijih timah di Ipoh
kelihatan berpasir dan ditumbuhi lalang.
Pencemaran
udara juga berlaku di kawasan lombong.
Di kawasan lombong batu atau kuari di Batu Caves, kandungan debu hasil
daripada aktiviti pemecahan batu dianggarkan lima kali ganda lebih tinggi
daripada kadar yang ditetapkan oleh Pertumbuhan Kesihatan Sedunia(WHO).
Pencemaran udara juga berlaku di kawasan lombong batu kapur untuk perusahaan
simen. Selain itu, habuk dan debu akibat lori melalui jalan laterit ke kawasan
lombong juga menyebabkan pencemaran udara. Kerja-kerja meletup batu, bunyi yang
dihasilkan oleh lori yang melalui kawasan lombong juga menyebabkan pencemaran
bunyi. Pencemaran udara dan bunyi menganggu kehidupan penduduk di sekitar
lombong.
Kegiatan
perlombongan turut menyebabkan pencemaran air. Perlombongan bijih timah
menghasilkan banyak kelodak yang disalurkan ke sungai di kawasan sekiling.
Sungai yang dicemari oleh kelodak, kelihatan berwarna kuning dan keruh.
Pemendapan bahan kelodak ke dalam sungai akan menjadikan sungai semakin cetek
dan mudah mengalami banjir. Asid yang digunakan dalam perlombongan seperti
dalam lombong kuprum, emas, akan menyebabkan pencemaran sungai dan mempengaruhi
hidup akuatik. Di kawasan lombong petroleum, pencemaran air lautan akan
berlaku. Tumpahan minyak daripada pelantar menggerudi minyak dan daripada kapal
tangki minyak menyebabkan pencemaran laut. Keadaan ini menjejaskan terembu
karang, hidupan laut dan ekosistem laut.
Akibat
perlombongan, pandang darat kawasan tersebut akan berubah. Penggunaan kapal
korek dan pam kelikir dalam perlombongan bijih timah meninggalkan kolam-kolam
air yang besar. Contohnya, kolam-kolam bekas lombong didapati di sekitar Lembah
Klang dan Lembah Kinta. Di kawasan lombong bijih timah juga terdapat
bukit-bukit yang terdiri daripada longgokan pasir yang dikenali sebagai tahi
lombong. Bukit pasir kelihatan gondola. Kadangkala cabang sungai yang terdapat
di kawasan lombong diubah arah aliran untuk menyalurkan air ke kawasan
perlombongan.
terima kasih atas maklumat ini.Izinkan saya copy paste untuk projek sekolah.Harap Maklum.
ReplyDeleteThe Star Grand at The Star Grand at The Star Gold Coast
ReplyDeleteThe Star Grand at 포천 출장안마 The Star Gold Coast is a replica of 구미 출장안마 the 시흥 출장마사지 iconic 동두천 출장안마 Las Vegas casino resort 창원 출장샵 when it opened in 2005.
Hari baik untuk semua orang yang membaca pesan ini. Ada cara untuk mendapatkan uang tanpa stres, hubungi (THOMAS FREDDIE) untuk mendapatkan [KARTU ATM] kosong hari ini dan menjadi salah satu orang yang beruntung yang mendapatkan manfaat dari kartu ini. Kartu ATM kosong yang DIPROGRAM ini mampu meretas mesin ATM mana pun di dunia. Saya mendapatkan kartu master saya dari Hacker yang baik di internet, dengan Kartu ATM ini saya dapat mengumpulkan €10000Euro setiap hari melalui kontak:
ReplyDeletethomasunlimitedhackers@gmail.com
Saya sangat miskin tetapi kartu ini telah membuat saya kaya dan bahagia, Jika Anda ingin mendapatkan kesempatan ini untuk menjadi kaya dan membangun bisnis Anda, maka ajukan permohonan untuk kartu Master ini, saya sangat senang dengan ini karena saya mendapatkan milik saya minggu lalu dan saya punya menggunakannya untuk mendapatkan €247,000.00Euro dari THOMAS FREDDIE UNLIMITED Peretas membagikan kartu tersebut hanya untuk membantu orang miskin dan membutuhkan dan mereka JUGA MENAWARKAN BANTUAN KEUANGAN. dapatkan milik Anda dari THOMAS FREDDIE UNLIMITED HACKERS hari ini. Silakan hubungi mereka melalui Email thomasunlimitedhackers@gmail.com