Posts

Geografi Alam Sekitar Manusia : Sektor Perlombongan

         Bagaimanakah aktiviti perlombongan mempunyai mempengaruhi geografi fizikal dan geografi manusia di negara Malaysia.                         Aktiviti perlombongan yang dijalankan akan menimbulkan kesan-kesan yang wujud secara langsung atau tidak langsung di kawasan perlombongan tersebut. Kesan ke atas geografi manusia dapat dikaitkan dalam aspek ekonomi , sosial dan politik. Bagi alam sekitar fizikal ia dikaitkan dengan pola muka bumi fizikal, saliran, atmosfera dan tumbuhan semula jadi. Perlombongan telah mempengaruhi pendapatan penduduk di kawasan sekitar lombong. Ramai penduduk akan menukar pekerjaan dari terlibat dalam kegiatan pertanian kepada kegiatan perlombongan. Dengan ini, lahirnya kumpulan pekerja yang bersangkut-paut dengan berbagai-bagai aktiviti perlombongan daripada peringkat lombong kepada peringkat pemasaran dan pengedaran. Selain itu, wujud tenaga kerja yang terlibat secara tidak langsung dalam perlombongan peniaga, pegawai pentadbiran kesihatan dan

Geografi Alam Sekitar Manusia : Sektor Perindustrian

       a)    Nyatakan jenis , ciri, dan lokasi pertanian di Malaysia                 Dengan merujuk Negara Malaysia, jenis, ciri dan lokasi perindustrian yang pertama ialah Industri Primer . Industri ini merupakan industri peringkat pertama yang berdasarkan pemprosesan sumber alam seperti memproses hasil pertanian, perlombongan, perhutanan dan sebagainya. Antara ciri industri primer ini termasuklah dalam lokasinya iaitu terletak berdekatan dengan kawasan sumber pengeluaran untuk mengurangkan kos misalnya kilang memproses kelapa sawit terletak di dalam kawasan lading kelapa sawit. Selain itu, industri primer juga bergantung sepenuhnya kepada bahan mentah dari sumber alam seperti bahan pertanian, perhutanan, dan perlombongan. Tambahan lagi, industri ini menjadi input industri sekunder serta memerlukan modal yang besar.                 Industri Sekunder pula merupakan jenis perindustrian yang kedua. Industri ini melibatkan proses penukaran bahan mentah menjadi barangan separa

Geografi Alam Sekitar Manusia : Sektor Perikanan

       Ciri-ciri Perikanan Akuakultur Lokasi kegiatan perikanan air tawar banyak dilakukan di dalam sungai, tasik, kolam, paya dan sawah padi. Manakala marinkultur pula dijalankan di muara sungai, paya bakau atau paya nipah, pinggir pantai atau teluk yang terlindung. Kawasan akuakultur yang popular di Malaysia adalah seperti Pulau Aman di Pulau Pinang, Sabak Bernam di Selangor, Beluran di Sabah, Mercang dan Kuala Setiu di Terengganu, Temerloh di Pahang dan Mersing di Johor. Jenis-jenis ternakan adalah berbeza mengikut kesesuaian air yang ada. Jika perikanan air tawar biasanya dipelihara ikan patin, tilapia, karp, kelah, kaloi, udang galah dan sebagainya. Manakala marinkultur pula menternak ikan siakap, kerapu, ketam, tiram, udang harimau dan lain-lain lagi. Teknologi atau kaedah, industri akuakultur menggunakan kaedah moden seperti kolam buatan, ternakan dalam sangkar, benih-benih ikan kacukan atau dibiak secara khusus, makanan tambahan, rawatan air dan pengurusan sistematik

Geografi Alam Sekitar Manusia : Sektor Perkhidmatan

        Mengapakah Bandar-bandar besar memerlukan sistem pengangkutan yang cekap? Sistem pengngkutan awam yang cekap amat penting di Bandar-bandar besar. Keperluan sistem pengangkutan adalah untuk  mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Bandar. Justeru di Bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur sistem pengangkutan komuter, Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Jalinan Transit Ekspres (ERL) dan monorel sangat diperlukan kerana hal ini dapat mengurangkan jumlah kenderaan yang berada di kawasan bandar di samping mengurangkan pencemaran udara dan bunyi. Sistem pengangkutan ini diperlukan kerana kemampuannya membawa kapasiti penumpang yang banyak dan memendekkan masa perjalanan . Dengan ini masalah kesesakan di Bandar raya Kuala Lumpur dapat dikurangkan apabila penduduk tidak membawa kenderaan sendiri khususnya ke tempat kerja. Sebagai contoh, pekerja-pekerja yang bekerja di sektor perindustrian akan disediakan pengangkutan oleh pihak majikan sendiri dan hal ini dapat menguran